Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang - 1 September 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Latar Belakang

Kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, undang-undang tertinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang berpusat di ibukota negeri George Town.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua pemerintahan Pulau Pinang adalah Ketua Menteri. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia adalah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Penang
Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41

Minimum - RM2,820.00
Maksimum - RM9,585.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia,
 
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan,
 
(c)  (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00), atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisan Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00),atau

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan  Malaysia (MIA) (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).   

  
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

1. Menyelaras dan memastikan Pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan di Kerajaan Negeri

a. Memberi khidmat nasihat kepada PTJ dan Pejabat Pemungut mengenai penggunaan sistem iSPEKS dan sistem berantaramuka di Kerajaan Negeri.

b. Memberi khidmat nasihat berkaitan peraturan perakaunan dan kewangan yang berkuatkuasa serta polisi dan piawaian perakaunan akruan Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS).

c. Menyelaras pelaksanaan sistem aplikasi perakaunan (iSPEKS dan sistem berantaramuka) di PTJ, Pejabat Pemungut dan Pejabat Perakaunan.

d. Menyelaras permohonan capaian, peranan pengguna dan mendaftar pembekal di sistem iSPEKS

e. Memastikan isu pelaksanaan sistem yang dilaporkan oleh PTJ dan Pejabat Pemungut diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

f. Menyelaras dan mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem iSPEKS

2. Sebagai pakar rujuk mengenai polisi dan piawaian perakaunan (MPSAS) dan dapat memberikan pertimbangan profesional mengenai polisi yang akan digunakan di semua PTJ dan Pejabat Pemungut Kerajaan Negeri.

3. Mengurus Latihan:

a. Sebagai Trainer bagi Program Pelaksanaan Perakaunan Akruan.

b. Menyelaras program peningkatan tahap kompetensi dengan mengadakan latihan kewangan dan perakaunan pegawai / kakitangan Bahagian Akaun.

4. Menyelaraskan program latihan secara elektronik

5. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 September 2022 (Khamis) jam 11:59 malam



Post a Comment