Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - 26 September 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Rakyat Pulau Pinang yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) seperti di dalam iklan.

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 JUN 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.

Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983. Baca lagi..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang
Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

ii. lesen memandu Kelas B2,D dan E(PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

iii. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

iv. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan lesen memandu Kelas E.



2. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (TEKNOLOGI MAKLUMAT) DV29

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(i)Memiliki diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(ii)Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan seperti yang berikut :

a) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Teknologi Komputer (Sistem) Tahap 4 Kod : IT-020-4 atau D-041-4

b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Teknologi Komputer (Sistem) Tahap 3 Kod : IT-020-3 atau D-041-3

c) Sijil Teknik Mengajar /Pegawai Latihan Vokasional (VTO)

d) Sijil Kursus Induksi PPB/PPD/PP

e) Sijil Cisco Networking Academy Instructor (Cisco Certified Instructor (CCI)).


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2022 (Isnin)




Post a Comment