Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 6 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

BAHAGIAN PEMANTAUAN PROJEK DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT


1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED : N19

Jadual Gaji:
Gaji Minima : RM 1,352.00
Gaji Maksima : RM 4,003.00
KGT : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia ;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan adalah pada Gred N19 : RM 1,352.00) ; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred N19 : RM 1,408.40) ; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred N19 : RM 1,464.80).

d) Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian Ketua Jabatan berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan, merekod jadual dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Ketua Jabatan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.


Penaklukan di bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Calon-calon yang memasuki skim perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan yang sedang berkuakuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.


Cara Permohonan dan Syarat-syarat:

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat bersaiz A4 atau A3 yang beralamat sendiri dan bersetem atau ;

Berurusan secara terus di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, Aras 3, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor atau ;

Layari portal laman web www.johor.gov.my atau ; (admin ada sediakan link muatturun di bawah)

Sila catatkan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang permohonan yang telah lengkap diisi.

b) Borang-borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR hendaklah disertakan bersama sesalinan dokumen-dokumen berikut :-

i. Sijil Kelahiran
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Sekolah
iv. Lain-lain Sijil / Akuan berkaitan

c) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
BAHAGIAN PEMANTAUAN PROJEK DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT,
ARAS 3, BANGUNAN DATO' JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR


*Sila rujuk maklumat iklan sebelum memohon melalui link yang disediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Oktober 2022 (Khamis)




Post a Comment