Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - 19 September 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Latar Belakang

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PERSONEL MySTEP SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KADAR UPAH MAKSIMUM : RM1,800 SEBULAN
TEMPOH: OKTOBER 2022 – JUN 2023

Syarat Kelayakan:

(a) Diploma/ Sijil dalam bidang Kejuruteraan Komputer, Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.

(b) Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Pegawai juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework Laravel.

(c) Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data.


Diskripsi Tugas:

(i) Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

(ii) Bertanggungjawab membantu mengurus dan memantau penggunaan sistem EAIC.

(iii) Membantu mengurus dan memantau perjalanan projek-projek ICT yang sedang dijalankan.


Cara Memohon:

Kemukakan Resume CV berserta gambar, salinan kad pengenalan dan sijil/ transkrip akademik (SPM/STPM/Diploma) ke alamat/ emel yang berikut:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(u.p.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

ATAU;

nabil.mystep@eaic.gov.my

2. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis “Personel MySTEP” disebelah kiri atas sampul surat dan tajuk emel.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi SPSM, BKP ditalian yang berikut:
- Puan Nazatul Shyma binti Hassan - 03-88805703
- Encik Azali bin Ahmad - 03-88805705
- Encik Abdillah bin Laoding - 03-88805706
- Encik Mohamad Nabil Hakim bin Shaari - 03-88805739


Tarikh Tutup Permohonan : 19 September 2022 (Isnin)



Post a Comment