Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad - 4 November 2022

Jawatan Kosong 2022 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan café dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. EKSEKUTIF KOMERSIAL & PEMBANGUNAN PRODUK


Syarat & Kriteria Kelayakan:

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran atau Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya satu (1) tahun; atau

Memiliki Diploma dalam bidang Pemasaran atau Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan melebihi tiga (3) tahun.

2. Mempunyai pengetahuan dalam pemasaran digital.

3. Boleh bekerja dengan baik di bawah pengawasan minimum.

4. Mempunyai minat mendalam dengan perniagaan, jualan dan aktiviti komersial.

5. Berkebolehan untuk berkomunikasi di semua peringkat.

6. Mempunyai kriteria proaktif, berdikari, teliti dan memiliki inisiatif.

7. Berumur tidak melebihi 35 tahun.

8. Mempunyai lesen memandu yang sah.

9. Lepasan graduan digalakkan memohon. 


Skop Tugas:

1. Merancang dan melaksanakan pelan pemasaran.

2. Menguruskan hal berkaitan pembekal.

3. Menyediakan laporan prestasi Pemasaran.

4. Menganalisa peluang perniagaan atau usahasama.

5. Membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti komersial bagi menjana pendapatan berterusan dengan membangunkan pelan pemasaran dan promosi bagi menjana pendapatan.

6. Lain-lain tugasan yang diberikan oleh pengurus bahagian. 

Lokasi Kerja : Wisma KOBANAS, Jelatek Business Park.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2022