Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 14 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan keutamaan kepada Anak Negeri Perak

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Sejarah MAIPk

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

2 PEMBANTU OPERASI


Syarat-syarat Lantikan:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Kontrak CFS )

(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Pembantu Operasi (Kontrak CFS )

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P) ]; dan

(iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk-BKP-P01/B01) yang boleh didapati melalui laman web https://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 14 November 2022 (Isnin) ke alamat berikut –

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2022 (Isnin)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan




Post a Comment