Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 17 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)



Latar Belakang

Pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan  penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan  pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penemapatan baru yang dikenali Petaling Jaya.

Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954.

Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUTERA GRED J41 - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41 - 1 Kekosongan

3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U41 - 1 Kekosongan

4. PEGAWAI TADBIR – GRED N41 - 1 Kekosongan

5. PENOLONG JURUTERA – GRED JA29 - 1 Kekosongan

6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29 - 2 Kekosongan

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29 - 1 Kekosongan

8. JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19 - 1 Kekosongan

9. PEMBANTU TADBIR (GURU) – GRED N19 - 1 Kekosongan

10. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N19 - 1 Kekosongan

11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19 - 1 Kekosongan

12. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) – GRED N11 - 1 Kekosongan


Perhatian Kepada Pemohon:

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal MBPJ www.mbpj.gov.my. Sila muat turun tatacara permohonan jawatan kosong;

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;

d) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil Matrikulasi, STPM, STAM, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk panggilan temu duga;

e) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK;

f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temu duga;

g) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA;

h) Perbelanjaan untuk menghadiri temu duga ditanggung sendiri oleh pemohon.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Oktober 2022 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Mohon Secara Online

Klik Panduan Mengisi Sistem Perjawatan Online MBPJ

Post a Comment