Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) - 9 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada 1 Januari 1980, di bawah peruntukan penyusunan semula Penguasa- penguasa Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Kuala Kangsar dan hanya mewujudkan Sungai Siput (U) sebagai cawangan untuk menjadikan Penguasa Tempatan yang besar dan kukuh. Penguasa-Penguasa Tempatan yang dimaksudkan ialah Kuala Kangsar, Sungai Siput, Padang Rengas, Liman Kati, Salak Baru, Jerlun, Manong, Sauk, Karai.

Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, MDKK telah mewartakan seluas 79.94 km persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Akta yang diterima pakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154, 048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 km persegi.  Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6 % daripada keluasan sebenar dan 157.3 % merupakan kawasan operasi   yang diberikan perkhidmatan perbandaran.

Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. MPKK berjanji menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada masyarakat. bersempena dengan motto MPKK iaitu Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami.

MPKK berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai " KUALA KANGSAR INDAH PERMAI ".Bagi menjamin hasrat ini tercapai, MPKK telah membentuk matlamatnya iaitu "KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA"
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11 - 3 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D : RM1,264.15
- Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
- Lesen F/H : RM1,356.45
- Lesen G/I : RM1,402.60


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

1.Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan  melayari laman web   https://digital.perak.my mulai 3 OKTOBER 2022 (ISNIN). Pemohon diingatkan untuk mengisi alamat email dan nombor telefon yang aktif dalam borang permohonan.

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Ujian Bertulis/Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan/akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.

5. Sebarang urusan melibatkan teknikal Sistem Permohonan Jawatan Kosong melalui portal https://digital.perak.my hendaklah menghubungi Pasukan Help Desk Perak Digital melalui emel perakdigital.kperak@gmail.com (contoh : Lupa Kata Laluan)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Oktober 2022 (Ahad)




Post a Comment