Jawatan Kosong 2022 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Pengenalan
Yang di-Pertuan Pagar Ruyong telah berkenan menunaikan hajat masyarakat Negeri Sembilan untuk mendapatkan seorang Raja berketurunan Pagar Ruyong. Baginda telah menghantar puteranya, Raja Mahmud yang kemudiannya bergelar Raja Melewar. Sebelum ketibaan Raja Melewar ke Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Pagar Ruyong telah mengutuskan Raja Khatib untuk menyediakan persiapan menyambut kedatangan raja. Raja Melewar yang diiringi dengan panglima handalan telah berangkat menghadap Sultan Johor, kemudiannya ke Negeri Sembilan melalui Naning. Setelah berjaya mengalahkan angkatan Daeng Kemboja di Naning, baginda memasuki Rembau melalui Naning lalu ditabalkan oleh Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang) di Kampung Penajis, Rembau seperti dalam perbidalan,
Setelah Raja Melewar mengetahui Raja Khatib mengisytiharkan dirinya sebagai Raja di Seri Menanti, baginda berangkat ke sana melalui Bukit Putus untuk menyebarkan pembohongan tersebut. Dalam peperangan saudara ini, Raja Khatib telah melarikan diri dan Dato’ Penghulu Naam dijatuhi hukuman pancung. Akhirnya, Raja Melewar ditabalkan menjadi Yamtuan Pertama dalam lipatan sejarah pemerintahan Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, Raja Melewar sebagai Yamtuan Pertama telah menjadi perintis kepada susur-galur kerabat Diraja dari Pagar Ruyong.
Negeri Sembilan, di samping mempunyai Undang yang pada zaman sebelum penjajahan Inggeris berkuasa penuh ke atas luak masing-masing, juga mempunyai seorang Yang di-Pertuan Besar atau dahulunya hanya dikenali Yamtuan sahaja. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Besar hanya berkuasa di Luak Seri Menanti sahaja sehinggalah berlaku pergolakan yang menyebabkan campur tangan pihak penjajahan Inggeris. Penglibatan pihak Inggeris tersebut membolehkan perlantikan seorang Residen British sebagai penasihat dalam pentadbiran dan membuat peraturan negeri.
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sembilan
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 - 42 Kekosongan
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
Semua kekosongan jawatan adalah di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Oktober 2022 (Khamis)