Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka - 20 Oktober 2022 [24 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Jawatan Kosong 2022 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Latar Belakang

Pada tahun 1983, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)  Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allhayarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.

JKMM merupakan jabatan terpenting di bawah kuasa Eksekutif Kerajaan Negeri yang berkuasa penuh terhadap semua dasar dan perintah-perintah kerajaan. JKMM juga adalah penyelaras dan sebagai sumber rujukan bagi semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Jabatan Ketua Menteri Melaka yang kini berpusat di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh telah memulakan operasinya bermula  mulai 4 Mei 1999 bersamaan 29 Muharram 1421H
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 - 24 Kekosongan

Gaji Minimum: RM1,698.00
Gaji Maksimum: RM5,717.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)(i) diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau  

(ii) diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).  
 

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober 2022 (Khamis)



Post a Comment