Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)
Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. AKAUNTAN GRED WA44 - 1 Kekosongan
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - 3 Kekosongan
Syarat Wajib:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM
Syarat Lantikan Akauntan Gred WA44:
Tahap Pendidikan Bidang/ Kelayakan Khusus
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
Syarat Bahasa Melayu Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM, DAN
Syarat Lantikan Tambahan • Ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) atau Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA; dan
• Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan perakaunan; Gaji Permulaan RM3,600.00
Deskripsi Tugas:
a. Menyediakan penyata kewangan tahunan RAC dan memastikan rekod-rekod memenuhi standard Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS);
b. Memastikan semua dokumentasi akaun dan kewangan lengkap serta disimpan dengan baik;
c. Memastikan akaun dan penyata penyesuaian disediakan dan ditutup pada setiap bulan;
d. Mengurus, menyemak dan meluluskan pembayaran bagi belanja operasi dan projek;
e. Mengurus, menyemak, memantau perekodan aset-aset RAC termasuk Kerja Dalam Pelaksanaan, aset yang perlu dipermodalkan dan aset alih RAC;
f. Menyediakan kertas cadangan dan makluman untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah; dan
g. Merancang, menyelaras, memantau dan memperakukan urusan berkaitan bajet, pengurusan aliran tunai, audit, sistem akaun, perbankan dan hal-hal kewangan.
Syarat Lantikan Penolong Jurutera Gred JA29:
Tahap Pendidikan Bidang/Kelayakan Khusus
Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan RM1,549.00, ATAU
Bidang/ Kelayakan Khusus - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan RM1,935.02, DAN
Syarat Bahasa Melayu - Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM
Deskripsi Tugas (1) – 1 Kekosongan:
a) Membantu merancang projek infrastruktur, menaik taraf dan pembangunan aset-aset RAC;
b) Membantu mengurus projek pembangunan infrastruktur, projek menaik taraf dan projek penswastaan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut masa, kos dan spesifikasi yang ditetapkan
c) Membantu menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RAC dan menyediakan kertas mesyuarat Lembaga Pengarah RAC; dan
d) Menyemak dan mengemaskini pelaksanaan projek-projek pembangunan.
Deskripsi Tugas (2) – 2 Kekosongan:
a) Membantu mengurus semua aset landasan keretapi termasuklah infrastruktur landasan;
b) Membantu mengurus semua aset elektrifikasi milik RAC;
c) Membantu mengurus semua aset semboyan dan komunikasi serta peralatan elektronik seperti Automatic Fare Collection (AFC), Ticketing Vending Machine (TVM), Lintasan Rata Awam milik RAC; dan
d) Membantu mengurus semua aset stok kereta dan jentera milik RAC; dan
e) Membantu mengurus projek berkaitan pembangunan infrastruktur kereta api
Tarikh Tutup Permohonan : 03 November 2022 (Khamis) pukul 12.00 tengah hari
Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui capaian https://myfuturejobs.gov.my/. (link admin ada sediakan di bawah)
Lokasi Pejabat:
Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor
Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah