Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 4 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Latar Belakang

Kampong Bharu dibangunkan sejak 113 tahun lalu, terletak di Seksyen 41, Bandar Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan 307.34 ekar (124.37 hektar). Pecahan kategori tanah adalah seperti berikut : 1. Kawasan M.A.S (Malay Agriculture Settlement) seluas 222.76 ekar (89.70 hektar) mengandungi 7 buah kampung tradisi yang diwartakan pada 11 Januari, 1964.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41

Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Agensi : Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)
Penempatan : Seksyen kewangan
Gaji Minimum : RM 2,820.00
Gaji Maksimum : RM 9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai kelulusan berikut :

(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41: RM2,820.00); atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WA41: RM2,820.00); atau

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA) (Gaji Permulaan pada Gred WA41: RM2,820.00). 


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 


Deskripsi Tugas:

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan Perbadanan Kampong Bharu, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan. 


Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2022 (Jumaat)



Post a Comment