Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - 4 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Latar Belakang

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred Gaji : N19
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji (Min - Mak) : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Kekosongan : 1 jawatan 


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut -

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80). 


Diskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi. 


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.eaic.gov.my.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terbaharu, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, sijil-sijil, surat beranak dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

3. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dikemukakan kepada

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
ARAS 5, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 2, 62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

5. Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 November 2022 (Jumaat). Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2022 (Jumaat)




Post a Comment