Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - 20 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Jawatan Kosong 2020 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Latar Belakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama ( The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

RM2,083.00 – RM9,549.00 (Contract of Service)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional


Syarat Lantikan:

Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

v. Ahli Penuh Badan-Badan Ikthisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;  atau

vi. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

vii. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.


Fungsi Bidang Tugas:

Bertanggung jawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-Undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-Undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan menggalakkan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Suruhanjaya. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.


* Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober  2022 (Khamis)



Post a Comment