Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 18 Oktober 2022 - KERJA KOSONG 2023 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 18 Oktober 2022

Jawatan Kosong 2022 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51/DS53/VK7

Calon hendaklah memiliki kelayakan asas seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).


Jawatan Pentadbiran:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41/L44

2. JURUAUDIT GRED W41/W44/W48


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP (admin ada sediakan link di bawah)


Permohonan Oleh Pegawai Yang Sedang Berkhidmat

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)
CATATAN AM

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui emel yang telah berdaftar dengan UMP.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2022 (Selasa)




0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 18 Oktober 2022"

Post a Comment