Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) - 31 Oktober 2022 [35 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia  (JUPEM)

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Latar Belakang

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, topografi dan geodetik serta mengeluarkan pemetaan topografi dan peta bandar Direktorat ini juga dimandatkan untuk menyelaras dan menyediakan semua keperluan peta dan carta bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah JUPEM Sabah (dahulunya Seksyen Topografi Sabah) (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (dahulunya Seksyen Topografi Sarawak) (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. JURUUKUR GRED J41 - 
35 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1.  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ukur tanah atau bidang geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
   
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
   

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  

(ii) lulus Peperiksaan Certificate of Competency anjuran Lembaga Juruukur Tanah; dan  

(b) had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan, ukuran siasatan kejituan, memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain tugas pentadbiran yang berkaitan dengan Jabatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 (Isnin) jam 11:59 malam



Post a Comment