Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Permodalan Negeri Selangor Berhad - 8 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Permodalan Negeri Selangor Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Permodalan Negeri Selangor Berhad


Positions:

1. EKSEKUTIF PROJEK


Skop Kerja:
  • Bertanggungjawab membantu proses penyediaan laporan / kertas kerja terhadap perancangan ke atas cadangan projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh PNSB atau secara usahasama
  • Menyediakan surat-surat makluman, arahan atau jawapan yang berkaitan urusan projek usahama atau penyewaan yang berkaitan
  • Mengemaskini dan menyediakan laporan status pelaksanaan setiap projek berkaitan untuk dimaklumkan kepada Pengurusan PNSB dan mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB termasuk draf jawapan soalan Dewan Undangan Negeri dan maklumbalas Kertas EXCO MTES / MMKN
  • Membantu mengurus dan menyelaras perancangan awal dan pelaksanaan projek bersama agensi kerajaaan, pihak perunding, kontraktor dan pemaju yang berkaitan termasuk urusan mengadakan mesyuarat, menghadiri mesyuarat dan mengadakan lawatan tapak dari masa ke semasa
  • Menyelaras urusan permohonan tanah kerajaan dan permohonan 'blanket consent' oleh syarikat-syarikat usahasama bagi dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
  • Bertanggungjawab membantu memastikan urusan menjelaskan bayaran premium, cukai tanah, cukai taksiran dan apa-apa bayaran kepada mana-mana agensi awam / teknikal dijelaskan samada oleh pihak pemaju ataupun pihak PNSB
  • Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk Bahagian Pengurusan dan Pemangunan Projek
  • Membantu melaksanakan proses tender hartanah bermula diperingkat mendapatkan kelulusan tender sehingga peringkat penganugerahan tender

Pengalaman Kerja:
  • 3 hingga 5 tahun dalam bidang berkaitan urusan pembangunan
  • Mempunyai pengalaman bekerja daripada mana-mana syarikat pembangunan hartanah dan agensi perunding berkaitan sebagai kelebihan tambahan
  • Berpengalaman berurusan dengan Jabatan teknikal / Pihak berkuasa tempatan ke atas sebarang permohonan teknikal untuk kelulusan

Close date : 08 Disember 2022




Jawatan Kosong 2021 di Permodalan Negeri Selangor Berhad

Latar Belakang

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) atau dikenali sebagai PNSB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan di bawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 serta telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Disember 1991. PNSB telah ditubuhkan untuk mengambil alih operasi komersial Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI.

Anak-anak syarikat PNSB terdiri daripada PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan dan nasihat profesional dalam bidang insurans, PNSB Construction Sdn. Bhd. pula menumpukan dalam sektor hartanah dengan menerajui pembangunan Projek Rumah Idaman, PNSB Trading Sdn. Bhd. pula fokus kepada perniagaan am manakala PNSB Management Consultancy Sdn. Bhd.  (PMC) menyediakan perkhidmatan yang memberi solusi dan nasihat teknikal kepada projek yang dilaksanakan.

Post a Comment