Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 28 November 2022 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 28 November 2022

Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Jawatan:

1. ARTIS BUDAYA (PEREKA TARI) GRED B31 (KONTRAK) - 2 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29 (KONTRAK/TETAP) - 1 Kekosongan

3. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRONIK) GRED JA29 (KONTRAK / TETAP) - 1 Kekosongan

4. PENOLONG JURUUKUR GRED JA29 (KONTRAK / TETAP) - 1 Kekosongan

5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 (KONTRAK / TETAP) - 1 Kekosongan

6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 - 2 Kekosongan.


Umur:

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


Cara Memohon:

Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL (admin ada sediakan link di bawah)

Permohonan daripada pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Modul Kerjaya di Employee Self Services (ESS).

Calon yang mempunyai diploma / sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, PT3, PMR, dan sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.


Catatan:

Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 28 November 2022 (Isnin)



Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Latar Belakang

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

0 Response to "Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 28 November 2022"

Post a Comment