Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad - 20 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.


Jawatan:

1. PENAKSIR AR-RAHNU (TERENGGANU)


Tanggungjawab kerja:
  • Menerima, mengenalpasti dan menyemak maklumat pelanggan.
  • Menguji setiap barang kemas emas melalui ujian pengesahan mutu marhun.
  • Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam sistem Ar Rahnu.
  • Mencetak dan menyemak Surat Akuan Gadaian (SAG) dengan maklumat gadaian adalah tepat dan betul.
  • Menyusun, mengatur dan menyerahkan sampul barang kemas emas kepada Ketua Unit Operasi/Penolong Pengurus Cawangan/ Pengurus Cawangan untuk diperiksa dan disahkan.
  • Mempromosikan produk Ar Rahnu dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan tugas harian sebagai penaksir emas di cawangan
  • Mengendalikan aktiviti perniagaan / jualan dan pemantauan di cawangan
  • Memantau sasaran cawangan, mencadangkan pelan tindakan untuk mencapai sasaran cawangan
  • Menyelia, mengendalikan dan memantau aktiviti promosi produk

Keperluan Kerja:
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman terutama di KOPERASI merupakan satu kelebihan.
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa dari Jabatan / Pengurus Cawangan / Penolong Pengurus Cawangan
  • Boleh bekerja secara berpasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Tarikh Tutup Permohonan : 20 November 2022




Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan café dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.

Post a Comment