Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 21 November 2022

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 - 2 Kekosongan

2. PENOLONG JURUTERA JA29 - 3 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 2 Kekosongan

4. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29 - 1 Kekosongan

5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19 - 11 Kekosongan

6. PEMBANTU PENERANGAN S19 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU AWAM H11 - 13 Kekosongan

8. PEMANDU KENDERAAN H11 - 1 Kekosongan


Cara Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my. Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan melalui link di bawah.

(b) Setiap Pemohon perlu membeli No.Pin yang berharga RM10.00 bagi setiap jawatan. Pembayaran boleh dilakukan secara Tunai di Kaunter LUAS atau secara atas talian.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar pemohon ukuran passport, Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa, sijil lahir pemohon, ibu dan bapa, sijilsijil persekolahan secara memuat naik (upload) atas talian;

(d) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan DITOLAK.

5. Perhatian : (a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan akan dipanggil temuduga;

(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pertanyaan : Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak

Urusetia melalui telefon seperti berikut : Unit
Pengurusan Sumber Manusia, LUAS :
03-55111800


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 November 2022 (Isnin)





Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.