Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 21 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N44 - 7 Kekosongan

1.1 Jawatan/ Gred : Pegawai Penyelidik Sosial Gred N44
1.2 Kementerian/Jabatan :  Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Gred Dan Jadual Gaji : RM3,551.00 – RM10,406.00 


Syarat Lantikan Dan Kelayakan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia.

3.2 Berumur tidak kurang daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.4 Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 5 tahun dalam bidang penyelidikan Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan/ menulis apa-apa jurnal atau hasil penyelidikan.

3.5 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.6 Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian-perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.

3.7 Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

3.8 Telah lengkap divaksin.


Cara-cara Memohon:

4.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).

4.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.  

4.3 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), resume, salinan MyKad, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah, jurnal/ hasil penyelidikan (wajib) dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 ke atas).

4.4 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut: 

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN 
50680 KUALA LUMPUR
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup : 21 November 2022 (Isnin)




Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia

Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Post a Comment