Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 30 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS, GRED N29

Jawatan : Penolong Pengurus, Gred N29
ii. Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak USAS
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
iv. Kumpulan : Pelaksana
Gaji Minimum : RM 1,500.00
Gaji Maksimum : RM 5,843.00


Syarat-syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Diploma dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat atau prosesan data / Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk sistem maklumat (information system design) dan sistem pangkalan data (database system).

(e) Berpengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan PHP dan MySQL.

(f) Berpengalaman dalam pembangunan aplikasi mudah alih (mobile application).

(g) Berkebolehan mempelajari proses kerja dan struktur data sistem sedia ada dengan pantas.

(h) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima dan di bawah tekanan serta bekerja secara individu dan berkumpulan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

(i) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.

(j) Calon perlu menghadiri Ujian Pengaturcaraan yang diaturkan oleh pihak USAS sebagai syarat temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 11 November 2022 (Jumaat)



2. PEMBANTU TADBIR, GRED N19 (JURUTEKNIK KOMPUTER)

i. Jawatan : Pembantu Tadbir, Gred N19 (Juruteknik Komputer)
ii. Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
iv. Kumpulan : Pelaksana
v. Kadar Upah : RM 1,500.00


Syarat-syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Sijil dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat atau prosesan data/ Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan perkakasan dan perisian komputer (OS dan Aplikasi) dan peralatan komunikasi yang berkaitan.

(e) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima dan di bawah tekanan serta bekerja secara individu dan berkumpulan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

(f) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2022 (Rabu)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.






3. NAIB CANSELOR

 1.1 Jawatan : Naib Canselor
 1.2 Kumpulan Jawatan : Pengurusan Tertinggi (Khas A)
 1.3 Taraf Lantikan : Kontrak
 1.4 Klasifi kasi : Terbuka
 1.5 Tempoh Lantikan : 3 tahun 

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2022 (Khamis) sebelum jam 5.00 petang.



Jawatan Kosong 2022 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Pengenalan

Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh.

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.

Post a Comment