Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 13 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)


Jawatan:

1. SETIAUSAHA PEJABAT N29

b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
d) Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan
e) Bahagian Yang Memerlukan: Pejabat Datuk Bandar

Gaji Minimum : RM 1,493.00 
Gaji Maksimum : RM 5,672.00


Antara Skop Tugas Utama :

a) Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Datuk Bandar berjalan lancar.

b) Memastikan semua keperluan rasmi Pengarah dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja/temujanji Pengarah supaya teratur

c) Memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, mengendalikan e-mel, menyediakan surat-menyurat, memo, minit mesyuarat, laporan dan pengurusan fail

d) Merekod keluar masuk surat menyurat untuk arahan dan tandatangan Pengarah dan mengagihkannya untuk tindakan pegawai-pegawai berkenaan

e) Tugas-tugas lain sebagai seorang pembantu peribadi


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00 ] atau

c) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,770.95] 


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Tarikh Tutup Permohonan : 13 Disember 2022 (Selasa)




Jawatan Kosong 2021 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.

Post a Comment