Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 12 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Pengkhususan:
i) Pentadbiran/Pengurusan/Pemasaran/ Kewangan (Tetap/Kontrak)
ii) Unit Laman Web PTPTN (Kontrak)
Penempatan : Ibu Pejabat PTPTN, Kuala Lumpur

Pengkhususan: Pentadbiran/Pengurusan/Pemasaran/Kewangan (Tetap/Kontrak)
Penempatan : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sarawak


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).


Tarikh tutup permohonan : 12 Disember 2022 (Isnin)


Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) laman web PTPTN : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong (admin ada sediakan link di bawah)

ii. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat emel masih aktif dan boleh digunakan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

History

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Post a Comment