Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 20 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Koko Malaysia (LKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Koko Malaysia (LKM)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 - 5 kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00


Syarat Kelayakan :

a) Ijazah Sarjana Muda kepujian atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kimia / Sains Makanan/ Teknologi Makanan / Kejuruteraan Mekanikal / Elektrikal / Kimia / Biokimia / Bioteknologi dan Biologi Sintetik daripada Universiti-universiti Tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

DAN b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas (Bahagian Teknologi Hiliran Koko):

i) Bertanggungjawab merancang, menyediakan kertas cadangan dan menjalankan projek penyelidikan berkaitan pemprosesan koko/pembangunan kaedah analisis bagi membangunkan teknologi/produk baru yang inovatif.

ii) Menyediakan laporan penyelidikan dan menghasilkan penulisan bagi penerbitan jurnal dan artikel saintifik berindeks dan berimpak tinggi.

iii) Membentangkan kertaskerja dan hasil penyelidikan di seminar/bengkel/ persidangan di dalam atau luar Negara.

iv) Menawarkan khidmat nasihat dan kemahiran teknikal bagi membantu industri

v) Merancang, melaksanakan dan menyediakan kepakaran teknikal melalui Makmal Khidmat Analisis Lembaga Koko Malaysia yang diakreditasi di bawah standard ISO/IEC 17025.

vi) Bertindak sebagai penandatangan laporan analisis yang dijalankan oleh Makmal Khidmat Analisis Lembaga Koko Malaysia.

vii) Merancang, menguruskan dan menyelenggara peralatan-peralatan pemprosesan koko dan coklat/peralatan saintifik.

viii) Memastikan penghasilan produk siap untuk jualan disamping menawarkan latihan penggunaan peralatan kepada industri

ix) Memfailkan harta intelek seperti paten, cap dagang, dan lain-lain.

x) Mengkomersilkan teknologi / produk yang dibangunkan.


Keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang mempunyai:-

i) Ijazah Sarjana atau pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

ii) Kelulusan Cemerlang dengan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Kedua tertinggi (PNGK 3.0 ke atas).

iii) Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang-bidang yang dipohon

iv) Mempunyai sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi serta daya saing yang tinggi untuk merancang dan menjalankan kajian saintifik serta bersikap amanah, proaktif, dedikasi, bertanggungjawab serta boleh memantau dan mengembeling kakitangan dibawah seliaan.

v) Teliti dan mampu mengendalikan pelbagai fungsi tugas.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : tidak lewat pada jam 5:00 Petang, Selasa 20 Disember 2022





Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Sejarah

Perkembangan pesat industri koko pada akhir 1970an dan awal 1980an telah mencetus kesedaran untuk menyelaras dan mengintegrasi pelbagai aktiviti industri ke bawah satu organisasi paying untuk memastikan satu perkembangan yang sihat. Oleh itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) diwujudkan. Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989.

Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama sehingga tahun 2004). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 (Pemerbadanan) pada 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.

Post a Comment