Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 15 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)


Jawatan:

1. PELATIH JURUTEKNIK AWAM 
JABATAN KEJURUTERAAN LANDASAN


Calon-calon yang terpilih akan dikehendaki menjalani latihan untuk tempoh selama 9 bulan di Akademi KTMB (MyRA) Batu Gajah, Perak. Calon-calon yang berjaya menamatkan latihan dan lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan, akan dipertimbangkan untuk ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Awam gred J07G10.

Spesifikasi Tugas:
  • Menjalankan kerja-kerja survey serta pemantauan penyenggaraan landasan, sisian-sisian, terowong, ,
  • jambatan-jambatan dan pembentong peparitan dan lain-lain.
  • Menjalankan pemeriksaan berkala kepada landasan, sesimpang dan lintasrata.
  • Menjalankan kerja bancian (prospection) kepada bahan-bahan landasan untuk tujuan perancangan
  • tahunan.
  • Menyelia kerja-kerja berkaitan pembaikan mesin-mesin penyelenggaraan landasan dan yang berkaitan.
  • Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan menggunakan kaedah ultrasonik dan Non-Destructive Testing
  • (NDT) yang berkaitan.
  • Menjalankan kerja-kerja kecemasan seperti tanah runtuh, banjir dan lain-lain.

Kelayakan:

  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Mekatronik/Elektrik & Elektronik dari Politeknik atau Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan dari institusi yang di iktiraf dan setaraf. Calon-calon yang memiliki Diploma Kejuruteraan dalam bidang berkaitan seperti di atas dari Universiti/Politeknik digalakkan memohon.
  • Berusia 19 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik serta tidak buta warna.
  • Berpengetahuan dalam penggunaan Aplikasi Komputer Microsoft (Word/Excel/ Asses/Power Point) serta Aplikasi Auto Cad dan mempunyai pengalaman kerja berkaitan dengan Kejuruteraan Awam adalah satu kelebihan.

Kelayakan Calon Dalaman:
  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Mekatronik/Elektrik & Elektronik dari Politeknik atau Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang di atas dari institusi yang di iktiraf dan setaraf;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan serta berkhidmat melebihi 3 tahun di dalam Gred G12; DAN
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

Calon-calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dengan KTMB.

Cara Mohon:

Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui KTMB e-Recruitment di LINK tidak lewat dari 15 Januari 2023. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perancangan & Pengambilan Bakat, Jabatan Modal Insan, Keretapi Tanah Melayu Berhad di 03-2263 1137.

Hanya calon – calon yang berjaya dalam senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2023




Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Sejarah KTMB

Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.

KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.

Post a Comment