Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 6 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (PSIKOLOGI) N44/N48

2. PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

4. PEGAWAI TADBIR N41

5. AKAUNTAN WA41

6. PENOLONG JURUTERA JA29

7. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29

8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (AUDIT) N29

10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENERBITAN) N29

11. SETIAUSAHA PEJABAT N29

12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

13. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19

14. PEMBANTU PENYELIDIK Q19

15. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

16. PEGAWAL KESELAMATAN KP11


B. Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


C. Syarat-syarat Khusus

Syarat-syarat khusus adalah seperti di LAMPIRAN A. (admin sediakan link di bawah)


D. Tatacara Permohonan

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian di pautan dalam JADUAL 1 di bawah.(admin sediakan link di bawah)

2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.


Catatan Am:

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimana pun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan
yang telah ditetapkan.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen

Perjawatan di talian 03-9206 2000:
i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin (ext : 2205)
ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (ext : 2204)


Tarikh tutup permohonan : 06 Januari 2023




Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah

Post a Comment