Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 5 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Jawatan:

1. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI
(BIDANG PERAKAUNAN DAN PEMASARAN) 41

2. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI 19

3. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI
(PENGAWAL KESELAMATAN) 11

4. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI 
(PENGASUH)


Panduan Permohonan:

1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my)

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada

3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.

5. Setelah permohonan lengkap diisi,

5.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

5.2 sila sertakan salinan dokumen / sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut: –

(i) Kad Pengenalan;
(ii) Ijazah Sarjana Muda/Diploma (jika berkaitan);
(iii) Transkrip Akademik (jika berkaitan);
(iv) Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
(v) Sijil Kokurikulum; dan
(vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

5.3 dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;

5.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/sementara/sambilan) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Semak Permohonan di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.

7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara dalam talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

10. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

11. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM :

No. Telefon : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399 / 6339 / 6340
Emel : bsm.perjawatan@upsi.edu.my


*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Januari 2023 (Khamis)





Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Post a Comment