Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 19 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG ( GRED L41)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,418.00
Gaji Maksimum : RM 9,607.00


Syarat Lantikan:

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

(ii) Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

(iii) Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).


Peningkatan Secara Lantikan

5.1 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

i. Mempunyai kelayakan di perenggan 4; dan

ii. Had umur pelantikan :

a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara Membuat Permohonan:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online melalui pautan yang sah sahaja seperti berikut :

a. Portal rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my,

b. Facebook (https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat),

c. Instagram (https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat) dan

d. Twitter (https://twitter.com/maragov).

ii. Hanya permohonan lengkap yang dibuat secara dalam talian / online dan pautan yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

iii. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

iv. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

v. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

vi. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPU


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Disember 2022 (Khamis)




Jawatan Kosong 2022 di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Latar Belakang

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Post a Comment