Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yan - 22 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Yan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yan


Jawatan:

1. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


2. PEMANDU KENDERAAN H11

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,218.00 
Gaji Maksimum : RM2,939.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDY 2022 yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00

2. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di kiri sbelah atas sampul semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan dokumen- dokumen seperti berikut:-
a) Kad Pengenalan Diri
b) Sijil Kelahiran
c) Sijil-Sijil Persekolahan
d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)
e) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang Dipohon
f) Satu (1) keping gambar terbaru yang berukuran passport
g) Dokumen-dokumen sokongna yang lain (sekiranya ada)

3. Setiap Salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melaui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini seperti mana mengikut Peraturan 17 di bawah PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat DAN Penamtan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaj akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak diterima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari Tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawtan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Yan
06900 Yan
KEDAH DARUL AMAN
u.p: Bahagian Sumber Manusia


*Sila baca syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Disember 2022 (Khamis), jam 12.00 Tengah Hari.


Klik Untuk Maklumat Iklan Jawatan


Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Yan


Sejarah

Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.

Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.

Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Post a Comment