Jawatan Kosong 2022 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Jawatan:
1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN (SAMBILAN) SEMESTER I SESI 2022/2023
Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas.
4. Kelayakan minimum sekurang-kurangnya mempunyai SPM atau yang setaraf dengannya.
5. Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
Keutamaan
1. Keutamaan diberikan kepada anak-anak staf USAS. Ahli keluarga yang lain atau kenalan boleh juga dipertimbangkan. Staf yang terbabit dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
2. Tinggal berdekatan dengan Kampus USAS.
3. Mempunyai kenderaan sendiri.
Permohonan berikut TIDAK akan dipertimbangkan:-
1. Pelajar USAS/ bekas pelajar USAS/ staf USAS tidak dibenarkan memohon.
2. Calon yang sedang mengandung
3. Tidak memenuhi kelayakan di atas.
Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu 16 Januari 2023 sehingga 02 Februari 2023)
Pihak USAS boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
Kekosongan Jawatan : 16 Orang
Kadar Elaun : RM4.00 sejam.
Cara Memohon:
Calon yang berminat sila muat turun borang permohonan di laman web USAS, www.usas.edu.my atau klik link yang admin sediakan di bawah. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am USAS sebelum atau pada 23 Disember 2022 (Jumaat). Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 31 Disember 2022 adalah dianggap tidak berjaya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 05-7732253
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Disember 2022 (Jumaat)
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Pengenalan
Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh.
Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.