Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) - 15 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)


Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 1 Kekosongan

3. PELUKIS PELAN JA19 - 1 Kekosongan

4. PEMANDU KENDERAAN  H11 - 4 Kekosongan


Cara Permohonan:

Maklumat lengkap, borang permohonan berserta syarat kelayakan boleh didapati di portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (www.mpti.gov.my).


Permohonan akan DITOLAK sekiranya:

i. Tidak lengkap atau tidak jelas.

ii. Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.


Catatan Am:

i. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

ii. Pemohon yang berjaya ditemuduga hendaklah membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MPTI.

iii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

iv. Borang permohonan melalui pos dikehendaki melalui alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JALAN SPEEDY
36000 TELUK INTAN


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2022 (Khamis)





Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Latar Belakang

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Post a Comment