Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) - 22 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)


Positions:

1. SAINTIS (PENGURUS KUALITI, GMP) GRED 11


Syarat Kelayakan:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Membantu dalam proses semakan atau kelulusan Kawalan Kualiti analitikal, proses pengeluaran dan kestabilan data yang menyokong ujian produk;

2. Membantu dalam menguruskan bahan mentah dan bekalan untuk pembuatan;

3. Menyediakan sokongan untuk operasi pengisian, penyediaan produk akhir termasuk proses pelabelan dan pembungkusan produk;

4. Menyediakan, menambahbaik dan mengemaskini Garis Panduan dan polisi;

5. Membantu dalam urusan berkaitan dengan Pengurusan Kualiti semasa urusan pemeriksaan oleh pihak luar atau secara dalaman;

6. Menyediakan laporan kualiti;

7. Membantu dalam pengurusan tindakan pembetulan dan pengurusan tindakan pencegahan serta membuat analisis punca;

8. Membangun, mengemaskini dan menyemak analisis kawalan kualiti, peralatan dan proses kelayakan serta data berkaitan;

9. Menjalankan pemantauan alam sekitar terhadap kemudahan dan ujian utiliti kritikal;

10. Terlibat dalam proses audit dalaman terhadap fasiliti/proses/data;

11. Membantu dalam proses semakan/pelepasan kelompok; dan

12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan Pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi atau Sains atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;

3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam industri yang terlibat di dalam penghasilan vaksin manusia;

4. Berpengalaman dalam menguruskan kualiti fasiliti GMP bagi penghasilan vaksin manusia; dan

5. Calon yang memiliki sijil latihan berkaitan GMP merupakan satu kelebihan.


Cara Memohon:

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dijemput menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel: 03-8949 5620
Emel:recruitment@nibm.my

Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.


Tarikh tutup : 22 Disember 2022 (Khamis)




Jawatan Kosong 2021 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Company Overview

The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda  led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).

Post a Comment