Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) - 6 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk)


Jawatan:

1. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19 - 10 kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 3 kekosongan


Maklumat Jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19:

Butiran:

Kumpulan Pekhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Pekhidmatan: Sosial (S)
Tempoh: Tiga (3) Bulan
Gaji : RM54.00 sehari

Syarat Lantikan:

1) Anak Kelahiran Negeri Perak

2) Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh iklan jawatan

3) Memiliki Kepujian dalam Subjek Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya (Gred C) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan. 



Maklumat Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19:

Butiran:

Kumpulan Pekhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Pekhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan (N)
Tempoh: Tiga (3) Bulan
Gaji : RM54.00 sehari

Syarat Lantikan:

1) Anak Kelahiran Negeri Perak

2) Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh iklan jawatan

3) Memiliki Kepujian dalam Subjek Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya (Gred C) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan. 


Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Perbadanan Perpustakaan awam Negeri Perak yang boleh didapati melalui Laman Web Perbadanan Perustakaan Awam Negeri Perak mulai 23 NOVEMBER 2022 (RABU) 

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Dokumen seperti berikut:

- Dua (2) keeping gambar berukuran passport
- Kad pengenalan / Sijil Kelahiran
- Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
- Transkrip keputusan peperiksaan
- Lain-lain dokumen sokongan (sekiranya perlu) – (Salinan Dokumen perlu Pengesahan Salinan Diakui Sebenar)

3. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak:-

- Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon
- Borang permohonan yang tidak lengkap diisi

4. Hanya calon-calon yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel, surat atau panggilan telefon.

5. Pemohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat size A4 ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK
NO. 17, JALAN RAJA DIHILIR
30350 IPOH PERAK
DARUL RIDZUAN
(u.p. KETUA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

7. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Disember 2022 (Selasa) Jam 12.00 Tengahari



Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk)

Sejarah Penubuhan

1980
Perpustakaan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
1983
Pengambilan 2 orang Pembantu Am Pejabat, 2 orang Pemandu (tetap) dan 2 orang Pembantu Perpustakaan (sambilan)
Permulaan operasi 2 buah Perpustakaan Bergerak
Diletakkan di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
1985
Pelantikan seorang Pegawai Ikhtisas bertaraf Pustakawan
1989
Perpindahan dari bilik Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan ke bangunan lama Majlis Agama Islam Perak (Baitulmal)
1991
Perkhidmatan Skim Pinjaman Buku Berkelompok memulakan perkhidmatan kepada Perpustakaan Asrama Perak, Ipoh
Bahagian Teknik telah dipindahkan ke Rumah Kedai di No.62, Jalan Tun Razak, Ipoh
1992
Pada Januari 1992, Ibu Pejabat PPANPk telah berpindah ke No. 17, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh
1994
Pembinaan bangunan utama PPANPk di bawah Rancangan Malaysia Kelapan
1996
1 Mac 1996 Perkhidmatan mula berpindah ke bangunan baru
14 Mac 1996 Perkhidmatan perpustakaan di bangunan baru mula beroperasi

Post a Comment