Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) - 23 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  Gred N19 [ Gaji permulaan ialah pada : RM1,352.00 ]; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gred N19 [ Gaji Permulaan ialah pada : RM1,408.40 ]; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. GRED N19 [ Gaji Permulaan ialah pada : RM1,464.80 ].


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kendeaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:


Makluman:

Permohonan adalah melalui atas talian (online). Admin ada sediakan link di bawah untuk memudahkan tuan/puan untuk masuk ke laman web SPNS. 

Anda perlu membuat akaun baharu jika belum berbuat demikian. Jika pernah atau ada id dan kata laluan, hanya perlu login sahaja untuk memohon selepas membaca syarat kelayakan. Jika lupa katalaluan, anda boleh klik pada lupa katalaluan di dalam lamanweb tersebut. 

Semoga anda dipermudahkan urusan semasa memohon dan dimurahkan rezeki mendapat pekerjaan yang dipohon. Aminn..


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Disember 2022 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS)

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ( SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang – Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-

“ Tertakluk  kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan yang diliputi bidang kuasanya.”

Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya  boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan  kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Post a Comment