Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 18 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C29

3. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29

4. PEGAWAS HUTAN GRED G19

5. PENGHULU GRED NP29

6. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

7. PENOLONG PEGAWAI VATERINAR GRED G29

8. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29

9. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19

10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu yang mana pemohon atau bapa pemohon dilahirkan di Negeri Terengganu atau memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.

2. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.

3. Pemohon di kehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL, LENGKAP dan TEPAT. Kesilapan mengisi borang adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DI PERTIMBANGKAN.

4. Pemohonan adalah secara atas Talian melalui portal http://spn.terengganu.gov.my


Keterangan Am:

1. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu duga.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan kerajaan tempatan, perkhidmatan badan berkanun dan perkhidmatan polis/tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat menyurat).


Makluman:

1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temu duga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Disember 2022 (Ahad)




Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT)


Latar Belakang

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Post a Comment