Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 31 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)


Jawatan:

1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48

Tangga gaji : RM5,406.00 dan elaun tambahan sebanyak RM1,550.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur


Kelayakan:

i. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sosial, Undang-Undang, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii. Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan sekurangkurangnya 5 tahun dan mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia di samping mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan kewangan;

iii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iv. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dari segi pengurusan projek, penulisan laporan, merancang dan menjalankan latihan dan aktiviti pembangunan kapasiti dan berminat dalam aspek romosi hak asasi manusia;

v. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan

vi. Mampu bekerja dalam dan mengetuai pasukan dengan pemantauan yang minimum.


2. PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41

Tangga gaji : RM2,422.00 dan elaun tambahan sebanyak RM900.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kelayakan:

i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa, Sains Sosial atau mana-mana bidang setaraf yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, sains politik dan isu-isu semasa akan diutamakan;

iv. Mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugas berkaitan aktiviti berlandaskan projek, pemantauan dan penilaian, menyokong pelbagai latihan dan pembangunan kapasiti, adalah satu kelebihan;

v. Kemahiran komunikasi yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Keupayaan bercakap dalam bahasa lain merupakan kelebihan;

vi. Boleh bekerja di dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum; dan

vii. Kelebihan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.


3. PEMBANTU TADBIR GRED N19

Tangga gaji : RM1,352.00 dan elaun tambahan sebanyak RM765.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur


Kelayakan :

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii) Mempunyai pengalaman dalam sistem pemfailan dokumen dan pengurusan rekod kewangan.

iv) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum; dan

v) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang hak asasi manusia.


Cara Memohon

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping  gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 31 Disember 2022 (Sabtu) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2022 (Sabtu)




Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003

Post a Comment