Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis
Jawatan:
1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari
7 hingga 22 Februari 2023)
3. Kadar Elaun - RM4.00 sejam.
4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan Laman Sesawang UiTM Cawangan Perlis.
5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 13 Januari 2023 kepada :-
Puan Rosma Malini Md. Aus
Pegawai Eksekutif Kanan
Unit Peperiksaan dan Percetakan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Perlis
rosmamalini@uitm.edu.my
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah UiTM Perlis
Sebagai Kampus Cawangan UiTM yang ketiga tertua, UiTM Cawangan Perlis merupakan kampus cawangan yang terbesar selepas kampus induk Shah Alam. UiTM Cawangan Perlis telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah sebuah institusi pengajian awam tersohor di Perlis. Penubuhannya bermula dengan perasmian pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 258 orang yang mengikuti 6 program yang ditawarkan; 1 program persediaan dan 5 program diploma. Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dan dibantu oleh 31 kakitangan pentadbiran dan staf sokongan.