Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) - 10 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)


Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS GRED JA29
Gaji : RM1549.00 – RM5701.00

Taraf Jawatan : Kontrak
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Syarat Kelayakan:

1. Sijil dalam bidang kejuruteraan awam/ kejuruteraan mekanikal/ ukur bahan/ senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

2. Diploma dalam bidang kejuruteraan awam/ kejuruteraan mekanikal/ ukur bahan/ senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; dan

3. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Permohonan:

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan.

Pematuhan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa





2. PEMANDU KENDERAAN
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00 

Taraf Jawatan : Kontrak
Penempatan : CIDB Negeri Terengganu
Klasifikasi : Perkhidmatan Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana


Syarat Kelayakan:

1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

2. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

3. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;

4. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Meneng

Syarat Permohonan:

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun pada tarikh tutup iklan.

Pematuhan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat- syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa



Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2023 (Selasa) 


Sejarah

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Post a Comment