Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 14 Januari 2023

Post a Comment
Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri temu duga terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Jawatan:

1. ARTIS BUDAYA (PENARI) GRED B19 (KONTRAK) - 25 Kekosongan

Jawatan : Artis Budaya (Penari) Lelaki / Wanita
Kekosongan Jawatan : 25
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat Dan Seni
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Perkhidmatan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred Jawatan/Gaji : Gred B19 - RM1,360.00 – RM4,032.00 


Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(ii), 1(a) (iii), 1(a)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Ujian Khas:

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Syarat Tambahan:

Calon hendaklah yang berkebolehan menari dalam tarian kontemporari dan tradisional.

Umur:

Calon-calon hendaklah berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2023.


Tempoh Perkhidmatan:

Tempoh perkhidmatan sehingga genap umur 40 tahun.


Syarat Ukuran Fizikal:

Lelaki : Ketinggian sekurang-kurangnya: 1.63m
Indeks Jisim Badan (BMI) : 20 hingga 26

Wanita : Ketinggian sekurang-kurangnya: 1.60m
Indeks Jisim Badan (BMI) : 19 hingga 25


Syarat Pelantikan:

Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas


Dokumen Yang Diperlukan:

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Temu Duga Terbuka:

(i) KAD PENGENALAN;

(ii) SIJIL KELAHIRAN;

(iii) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). SLIP SPM TIDAK DITERIMA;

(iv) SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN BERKAITAN; DAN

(v) SEKEPING GAMBAR TERBARU KESELURUHAN BADAN (FULL BODY) BERUKURAN SAIZ 3R.


Jadual Temuduga Terbuka (Walk-In):

Temu duga terbuka akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti di bawah:



Catatan:

(i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai KerajaanKumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

(ii) Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan; dan

(iii) Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temu Duga Terbuka ini.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Latar Belakang

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Post a Comment