Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 17 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Jawatan:

1. JURUUKUR BAHAN J41

2. PEGAWAI TADBIR (BIDANG PEMASARAN) N41

3. PUSTAKAWAN S41

4. PEGAWAI PERUBATAN UD43-UD53

5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

6. PENOLONG JURUTERA JA29

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19

10. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11



1. Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

 
2. Imbuhan Dan Elaun Berkaitan (Berdasarkan Gred Gaji)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

 
3. Syarat Kewarganegaraan Dan Umur (Pada Tarikh Tutup Iklan)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.


4. Cara Memohon

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.

 
5. Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada 17 Januari 2023 (Selasa) sebelum jam 3.00 petang.

 
6. Keterangan Am

(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca  iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah





Jawatan Kosong 2023 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Sejarah

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993

Post a Comment