Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - 13 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) N19 - TETAP

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. kelayakan Akademik:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

iv. Lulus peperiksaan Khas KPSL/PSL N19

d. kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

a. Melaksanakan Pentadbiran Pejabat bagi memastikan pematuhan tadbir urus yang terbaik;

b. Melaksanakan Pengurusan Personel bagi memastikan tadbir kebajikan petugas terjaga sepanjang masa;

c. Melaksanakan Pengurusan Kontrak / Bekalan bagi memastikan pematuhan tadbir urus perolehan yang terbaik;

d. Melaksanakan Pengurusan Rekod bagi memastikan pematuhan kepada akta, prosedur, manual dan pekeliling yang ditetapkan;

e. Melaksanakan Pengurusan Kewangan bagi memastikan pematuhan kepada akta, prosedur, manual dan pekeliling yang ditetapkan;

f. Melaksanakan Pengurusan Fail bagi memastikan pematuhan kepada akta, prosedur, manual dan pekeliling yang ditetapkan; dan

g. Melaksanakan Pengurusan Data dan Maklumat yang berkesan bagi memastikan peningkatan kepercayaan pihak yang berkepentingan.

Keutamaan:

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kriteria – kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

i. mempunyai kelayakan akademik dalam bidang kewangan dan perakaunan;

ii. mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan dan perakaunan



2. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (S19) - TETAP

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. kelayakan Akademik:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

d. kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

a. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan programprogram pembangunan masyarakat dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat di peringkat negeri dan daerah;

b. Membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, merekodkan maklumat peneroka dan komuniti serta menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik

c. Mengesan dan memantau isu perpaduan serta melaksanakan program program pengukuhan masyarakat dalam komuniti;

d. Melaksanakan pengurusan pembangunan peneroka dan komuniti bagi memastikan peningkatan kepuasan pihak yang berkepentingan.

e. Melaksanakan pengurusan pembangunan peneroka dan komuniti dengan mengaplikasikan sistem sokongan yang terbaik bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kepuasan pihak yang berkepentingan.


Syarat Umum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;

3. Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 60 tahun.


Maklumat Tambahan:

1. Hanya calon-calon yang layak tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;

2. Pengurusan Tertinggi FELDA berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan;

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya; dan

4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Modal Insan di talian:

a. Cik Nurul Amira : 03 - 21912176
b. Puan Nur Nadirah : 03 – 21912134


Cara Memohon:

Permohonan jawatan perlu dibuat secara atas talian melalui https://forms.gle/es6j1JVXYJYWaZJz9

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Januari 2023 (Jumaat)


Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

Post a Comment