Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) - 3 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN DAN OPERASI GRED N19

Kumpulan : Pelaksana
Gaji Pokok : RM1,352.00


Syarat Lantikan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia; dan

b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia  Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). 


Syarat Tambahan:

Melaksanakan tugasan mengikut waktu yang ditetapkan oleh jabatan, samada mengikut waktu bekerja pejabat, atau bekerja mengikut syif, dan berurusan dengan individu secara panggilan telefon atau bersemuka.


Perhatian:-

a. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;

b. Hanya calon yang dipilih dalam saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;

c. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Sumber Manusia di job_hpupm@upm.edu.my atau 03-9769 9074/9019/9023.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini
 
Tarikh Tutup Permohonan : 03 Februari 2023 jam 5:00 petang.
 



Jawatan Kosong 2022 di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

Post a Comment