Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) - 30 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S29

Taraf Jawatan : Tetap

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Penempatan : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya 

Jadual Gaji:
Gaji Minimum   : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada Tarikh tutup iklan jawatan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Keutamaan/ Kelebihan : Mempunyai latar belakang dalam bidang pembangunan belia dan penyelidikan sains sosial


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisi data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.


Cara Memohon:

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:


Salinan SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ (Mana-mana yang berkaitan);

Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan

Borang permohonan perjawatan (admin ada sediakan link di bawah)

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan;

Salinan Sijil/ Dokumen tidak disahkan seperti yang dinyatakan dalam para (b); dan

Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

(f) Tarikh Iklan : 23 Januari hingga 30 Januari 2023

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2023 (Jumaat) jam 11.59 malam


Catatan Am:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tempoh sahlaku permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.


Jawatan Kosong 2021 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Latar Belakang IYRES

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 bersempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Penubuhan IYRES ini sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional Teras Ke-10 iaitu Teras Penyelidikan dan Pembangunan. Nama IPPBM dijenamakan kepada Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) pada 6 Februari 2014 oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia. Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.

Post a Comment