Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) - 16 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK)


Jawatan:

1. PENGHANTAR NOTIS N11

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
Gaji : RM1,216.00 Minima
Penempatan : Bahagian Pentadbiran Lembaga Sumber Air Negeri Kedah


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti.


Syarat Permohonan:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

3. Berkelulusan :

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15)

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

4. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat PMR

5. Bidang Kelayakan Akademik : Semua Bidang


Pematuhan Kepada Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

2. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan-peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.


Cara Memohon:

1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara pembelian borang berharga RM 3.00 di:

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
Aras 1 Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman

2. Pemohon yang berkelayakan sebagaimana yang ditetapkan di atas sahaja layak memohon. Borang permohonan yang lengkap hendaklah di hantar ke pentadbiran ini dengan disertakan sekeping gambar foto terbaru (berukuran pasport), salinan kad pengenalan, salinan perakuan beranak/sijil kelahiran, salinan semua sijil persekolahan (SRP/PMR, SPM/SPVM dan STPM), salinan sijil berhenti sekolah, salinan dokumendokumen lain yang disahkan. Tandatangan pengesahan salinan/sijil dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatannya. Semua salinan hendaklah bersaiz A4.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23 cm x 31 cm dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada :

Pengarah,
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah,
Aras 1, Blok E,
Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

4. Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.

5. Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan akan diproses.

6. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

✓ Bahagian Pengurusan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah: 04-7027667
✓ info@lsank.gov.my
✓ www.lsank.gov.my


Catatan Am:

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sila patuhi arahan yang diberikan.


* Sila baca iklan jawatan lengkap sebelum anda memohon. Semua link admin ada sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2023 (Isnin) Jam 4.30 Petang




Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK)

Objektif

Memastikan sumber air, lembangan sungai dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mapan bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi negeri yang sentiasa berdaya maju

Menjana sumber kewangan atau hasil baru bagi Kerajaan Negeri

Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudahcara dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisien dengan menjadikan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai dan Pelan Pengurusan Bersepadu Zon Pantai sebagai sumber rujukan utama.

Post a Comment