Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 20 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI N11 - 2 Kekosongan

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Taraf Jawatan : Kontrak



2. PEMANDU KENDERAAN H11 - 1 Kekosongan

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
 
iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;

v. Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan : Kontrak


Cara Membuat Permohonan:

i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar keterangan peribadi (Resume & Gambar ukuran Pasport) kepada:

Pengarah,
MARA Negeri Sabah
Blok J Ruang Singgah Mata 4,
Asia City, Peti Surat 11040
88609 Kota Kinabalu
Tel: 088-211011 / 088-211012

Nota: Salinan Kad Pengenalan & Surat Lahir hendaklah di Sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

ii. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan pada 20 Januari 2023


Cara Pelaksanaan

a) Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.

b) Hanya pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

c) Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUARBANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,
MOHD YASSIN BIN AJUM
Timbalan Pergarah(Khidmat Pengurusan)
b.p: Pengarah MARA Negeri Sabah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini


Jawatan Kosong 2022 di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Latar Belakang

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Post a Comment