Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Betong - 20 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Betong | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Betong


Jawatan Pentadbiran:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan:Pentadbiran dan Sokongan
Bahagian yang memerlukan: RTC Sarawak Betong

Jadual Gaji:
Minimum RM 2,080.00
Maksimum RM 9,546.00


Skop Tugas Utama:

a) Menjadi Pengurus bagi Rural Transformation Centre (RTC) Sarawak Betong

b) Menyelaras progranyaktiviti yang memperkasakan ekonomi

c) Memelihara dan meningkatkan imej dan pengurusan kualiti di RTC

d) Mengambil tindakan segera atas sebarang aduan berkaitan RTC Sarawak Betong yang diterima

e) Membantu dalam urusan pentadbiran sumber manusia di Pejabat Majlis Daerah Betong


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut:

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:

b) Tjazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang  diiktirafkan setaraf dengannya, dan:

c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Tambahan:

Keutamaan adalah bagi calon-calon yang mempunyai Tjazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dan calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun,


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan "resume" yang mengandungi nombor telefon peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport kepada:

Setiausaha
Majlis Daerah Betong
Bangunan Kubu Rentap
95700 Betong


Catatan Am:

i. Permohonan yang tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan dan tidak memberi maklumat dengan lengkap tidak akan dipertimbangkan

ii, Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraitapis sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

iii,  Tertakluk kepada program temuduga jabatan/kementerian yang mengiklan, sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas/jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh temuduga, pemohon dianggap tidak berjaya.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Januari 2023 (Jumaat)



Jawatan Kosong di Majlis Daerah Betong

Sejarah

Majlis Daerah Betong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terawal ditubuhkan di Sarawak. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Saribas Dayak Local Authority dan mula beroperasi pada 1 Januari 1948 dengan pejabat pertamanya menumpang di sebuah bangunan kerajaan di suatu tempat yang dikenali sebagai "Pun Embawang". Kawasan ini terletak di tebing Sungai Layar berdekatan dengan Kubu Lili, Betong.

Pada 1 Januari 1957, Saribas Dayak Local Authority bertukar corak pentadbiran kepada Mixed Local Authority yang dianggap lebih sesuai sebagai melambangkan pelbagai kaum yang mendiami daerah ini. Pengerusi Pertama Mixed Local Authority adalah Temenggong Datuk Bernanrd Montegrai ak Tugang. Kemudian Majlis ini sekali lagi bertukar nama kepada Majlis Daerah Saribas. Pada 17 Mac 1959, pejabat Majlis kemudian berpindah ke Dewan Brooke Betong. Sepuluh tahun kemudian, iaitu 26 Jun 1969, Majlis Daerah Saribas sekali lagi berpindah buat kali ketiga ke pejabat baru di bangunan satu tingkat di Jalan Datuk Montegrai. Bangunan ini sekarang dikenali sebagai Pusat Giat Mara Betong.

Pada 1 Januari 1991, sekali lagi Majlis ini bertukar nama iaitu kepada Majlis Daerah Betong. Pada 26 September 1993, Majlis telah berpindah buat kali keempatnya ke pejabat baru di sebuah kubu bangunan yang dibina di tapak lama Kubu Rentap. Bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Kubu Rentap sehingga ke hari ini.

Post a Comment