Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tuaran - 20 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Tuaran | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tuaran


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA AWAM GRED JA29

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan:Pentadbiran dan Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji:
Minimum RM1,549.00
Maksimum RM5,701.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29; RM1,549.00; atau

ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29; RM1,935.02); atau dan

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan projek-projek bangunan Kerajaan dan jalan-jalan raya serta kerja penyelenggaraan, merancang strategi pelaksanaan operasi serta penjadualan kerja-kerja, membahagi kerja serta membimbing kakitangan mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, menyelenggara serta membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan dan membantu tugas-tugas menderef plan, lukisan teknikal dan plan ‘lay-out’.



2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan:Pentadbiran dan Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji:
Minimum RM1,498.00
Maksimum RM5,678.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan Gred W29: RM1,510.92); atau

ii. Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan Gred W29: RM1,510.92);

ii. Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,851.28);

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan Penilaian Harta Tanah, pembayaran dan pengurusan harta tanah di dalam kawasan kediaman Majlis Daerah Tuaran.



3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kadar Upah : RM54.00 Sehari

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf diiktirafsetaraf dengannya oleh  Kerajaan atau;

ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya dengannya atau;

iii. SPM kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat/pegawai Kumpulan Pengursan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pegurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu memastikan semua keperluan rasmi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.


Cara Memohon:

Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan, curicullum vitae (CV) serta salinan sijil-sijil akademik dan ikhtisas kepada:

Pegawai Eksekutif,
Majlis Daerah Tuaran,
Peti Surat 580,
89208 Tuaran.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan dilanjutkan: 20 Januari 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tuaran

Sejarah

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan “TAWARAN” yang di perolehi semasa proses tawar-menawar semasa jual beli di Tamu. Para petani yang terdiri daripada suku kaum Dusun dari perkampungan tanah rata dan bukit datang ke Tamu untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan persisir pantai yang terdiri daripada suku kaum Bajau serta masyarakat Cina yang tinggal di kawasan pekan. Proses tawar menawar atau tawaran inilah yang menghasilkan nama TUARAN.

Post a Comment