Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) - 2 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29

Jadual Gaji
Minimum RM 1,549.00
Maksimum RM 5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00
Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
Elaun Tetap Khidmat Awam RM 160.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00); atau

(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,935.02).


2. PEMBANTU TADBIR P/O N19 

Jadual Gaji
Minimum RM 1,352.00
Maksimum RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00
Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
Elaun Tetap Khidmat Awam RM 115.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,464.80); atau


3. PERSONEL MYSTEP - 4 Kekosongan

a) Jawatan : Personel MyStep
b) Kadar Upah : RM1,700.00 sebulan (SPM)
(termasuk caruman KWSP dan PERKESO)

Kelulusan:

Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek matematik.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam membantu penyediaan dokumentasi dan pelaporan serta lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan.

b) Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara logik dalam matematik.

c) Berkebolehan dalam mengendalikan komputer terutama perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

d) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

e) Bertanggungjawab serta berdisplin.

f) Keutamaan adalah calon yang menetap di Negeri Johor


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun borang di laman web http://www.mdsrenggam.gov.my.

2. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
KOMPLEKS PENTADBIRAN
JALAN PERSIARAN MUAFAKAT
86200 SIMPANG RENGGAM
 JOHOR

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

3. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

i. salinan kad pengenalan yang telah disahkan

ii. salinan sijil kelahiran yang telah disahkan

iii. salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan

iv. 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport.

v. lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas.

4 Pemohon juga hendaklah menyediakan ‘video resume’ hanya bagi jawatan (Penolong Jurutera JA29 ) sebagaimana berikut :

4.1. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit

4.2. Menggunakan suara pemohon sebenar

4.3. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :

4.3.1. Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.

4.3.2. Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.

4.3.3. Ringkasan pengalaman kerja pemohon.

4.3.4. Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.

4.3.5. Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.

4.3.6. Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.

4.3.7. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’.

4.3.8. Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.

4.3.9. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
4.310. Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.


5. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.

6. Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat info@mdsrenggam.gov.my

7. Pemohon hendaklah menyertakan transkip keputusan setiap semester dan juga salinan diploma berkaitan.

8. Pemohon yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.

9. Semua dokumen perlu disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 dan ke atas sahaja.

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Februari 2023 (Khamis)



Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

Latar Belakang

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.

Post a Comment