Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Kelantan - 12 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Kelantan


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (KONTRAK)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Lelaki

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(d) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).


Deskripsi Tugas:

1. Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

2. Memandu dan menyenggara kenderaan yang memiliki lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E.

3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands- on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam Majlis Sukan Negeri Kelantan.


Cara Memohon:

i. Menghantar borang permohonan dengan mengemukakan Resume Lengkap beserta siji/dokumen dengan melampirkan surat berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Wisma Sukan Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu

Kelantan Atau;

ii. Menghantar borang permohononan melalui alamat email msnkelantan@gmailcom dengan menyatakan tajuk permohonon Pembantu Operasi Gred N11.

iii. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman dan diikuti dengan penilaian tugasan yang akan diberikan kepada calon;

iv. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawatan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2022 (Khamis)



2. JURULATIH SAMBILAN (JSM)
Sukan Tenping Bowling

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 22 -65 Tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Mempunyai Sijil Sains Sukan / Sijil Spesifik Sukan / Kedua-Dua Sijil Mengikut Tahap;

4. Berpengalaman Sekurang-kurangnya Dua (2) Tahun Dalam Bidang Kejurulatihan.

5. Bekas Atlet Negeri Atau Kebangsaaan Berasal Dari Negeri Kelantan Akan Diberikan Keutamaan.

6. Permohonan Hendaklah Melalui Atau Mendapat Surat Sokongan Daripada Persatuan Sukan Negeri (PSN) Masing-Masing

7. Mempunyai Perancangan Program Latihan Tahunan Mengikut Sukan Masing-Masing Dan Boleh Bekerjasama Dengan Jurulatih Atau Ketua Jurulatih Yang Telah Dilantik.

8. Majlis Sukan Negeri Kelantan Akan Meminta Periodisasi Latihan Pada Bila-bila Masa Yang Dikehendaki.

9. Menjalani Dan Lulus Proses Temuduga

Cara-cara memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan Borang A (di lampirkan dalam gambar) berserta resume lengkap serta sijil/dokumen yang telah disahkan.

2. Borang permohonan hendaklah di alamatkan ke Pengarah, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Wisma Sukan jalan telipot, 15150 Kota Bharu dan diemelkan kepada msnkelantan@gmail.com dengan nyatakan tajuk "PERMOHONAN JURULATIH SAMBILAN -TENPIN BOWLING)"


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Januari 2022 (Jumaat)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini




Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Negeri Kelantan


Post a Comment